Persembahan Elektronik

Pengenalan

Persembahan elektronik melalui Microsoft (MS) PowerPoint (secara online ataupun offline) ataupun Google Slide (online) merupakan kaedah persembahan yang menggabungkan teks, imej, audio, video dll. bagi menghidupkan lagi pembentangan dan penyampaian maklumat.

Kita juga boleh menggunakan MS Word / Google Docs, MS Excel / Google Sheets, gambar, poster, video, boneka dan lain-lain lagi bagi menjadikan perkongsian maklumat kita lebih menarik lagi.

Topik ini berfokus kepada penggunaan MS PowerPoint yang boleh digunakan secara offline tanpa melibatkan penggunaan internet. Kita akan mengkaji cara-cara merancang, menghasilkan dan menggunakan PowerPoint dalam pengajaran dan pembelajaran kita.

Kandungan:

Pengenalan | Objektif Pembelajaran | Konsep & Definisi | Ciri-ciri persembahan yang baik | Memulakan persembahan baru | Hyperlink | Rakam Suara | Slide Show | Penambahbaikan | Melaksanakan persembahan |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *