PdP melalui PSS

Guru boleh menggunakan PSS sebagai tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti:

  1. menjalankan sesi bacaan Program NILAM di Perpustakaan
  2. mengadakan perbincagan dalam bilik-bilik perbincangan
  3. membuat tayangan video di Bilik Tayangan
  4. menggunakan bilik SALC untuk menjalankan sesi ulangkaji ataupun meminta murid menjalankan sesi pembelajaran kendiri.
  5. mempromosikan bahan bacaan pilihan melalui pameran buku.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan PSS sebagai MEDIA/SALURAN MAKLUMAT supaya murid-murid belajar MELALUI PSS! 

Antaranya, guru boleh:

1. Mengada lawatan sambil belajar ke sudut-sudut pameran bertema ataupun pameran khas sempena Minggu PSS ataupun Minggu subjek-subjek tertentu.

 

2. Meminta murid membuat penyelidikan di PSS bagi memperoleh maklumat berhubung topik-topik ataupun projek/ portfolio.

3. Permainan “Treasure Hunt” bagi memastikan murid mencari, memperoleh maklumat tertentu daripada sumber yang disediakan di Pusat Sumber.

Pada pendapat anda, apakah cara-cara lain lagi bagi membolehkan murid-murid belajar melalui PSS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *