Definisi pengelasan

Pengelasan boleh ditakrifkan sebagai “Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang , mata pelajaran perkara dan topik”.

Pusat Sumber dan Perpustakaan akan menyimpan semua bahan buku dan bukan buku mengikut sistem pengelasan pilihan masing-masing dan menyusun bahan-bahan buku dan bukan buku mengikut lokasi yang ditetapkan bagi memudahkan penggunanya mengenalpasti kedudukan bahan tersebut untuk tujuan rujukan ataupun pinjaman.


(sumber imej: MacTague, Tom. (2010).  http://www.mirror.co.uk/news/uk-news/commons-culture-committee-says-library-1418968)

Aktiviti Pengelasan 1

Anda sebagai Guru Media (Penyelaras Pusat Sumber) telah menerima sumbangan buku dan media seperti yang disenaraikan dalam lampiran.

Bagaimanakah anda mengelas bahan-bahan yang diterima ini?

  • mengikut bahasa pengantar
  • mengikut format (buku, bukan buku, dll.)
  • mengikut saiz (ukuran) bahan
  • mengikut subjek / perkara
  • mengikut tarikh penerbitan
  • mengikut keutamaan / kegemaran peribadi

Anda boleh kemukakan pandangan anda dalam ruang komen yang disediakan.

Lampiran

Senarai nama buku dan media sumbangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *