Pengautomasian PSS

Pengautomasian merujuk kepada penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam menyediakan perkhidmatan pusat sumber sekolah.

Peringkat Sebelum: Perancangan

Bagi memulakan proses ini, perancangan adalah penting.

Dinasihatkan agar menubuhkan suatu JawatanKuasan Pengautomasian untuk mengkaji tentang:

  • Mengenalpasti perisian yang sesuai dengan keperluan – minta nasihat daripada sekolah yang teleh diautomasikan, penyelidikan perisian yang ada di pasaran dll.
  • Kelengkapan yang perlu disediakan
  • Peruntukan kewangan yang diperlukan

Peringkat Pelaksanaan

  • Kenalpasti pembekal
  • Menguruskan pembelian, perikatan perjanjian belian
  • Menyediakan infrastruktur yang berkenaan
  • Melatih kakitangan PSS untuk menggunakan sistem pengautomasian PSS
  • Memperkenalkan sistem ini kepada semua warga sekolah.

Peringkat Penilaian dan Penyemakan

  • Menilai keberkesanan sistem dan penggunaan sistem.
  • Mengoptimumkan kelebihan proses ini untuk kepentingan warga sekolah
  • Cuba mengatasi masalah yang berkaitan jika ada.

Berikut merupakan artikel berhubung panduan pemilihan perisian pengautomasian pusat sumber sekolah yang disediakan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan IPGK Darulaman. Klik sini untuk membacanya.


Anda boleh juga memohon bantuan nasihat dansokongan teknikal Pusat Kegiatan Guru berhubung urusan Pengautomasian Pusat Sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *