Rangka Kursus

Pengurusan Sumber: Asas Dinamika Guru

Kumpulan sasaran : Pelajar KDPM KDC
Semester : Semester 1 -5
Kredit : Mengikut semester.
Prasyarat : Tiada
Penilaian : Kerja Kursus Pendek

Sinopsis Kursus

Bakal guru akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sumber, penggunaan komputer, teknologi pendidikan dan sains perpustakaan.

Matlamat:

Melahirkan guru pelatih yang dapat bertindak sebagai agen perubahan bagi menangani cabaran terkini serta berkemampuan memanfaatkan sumber maklumat dalam pengurusan pendidikan dan dapat mengaplikasikannya dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Keseluruhan:

Selepas mengikuti kursus ini guru pelatih dapat:

  1. menyedari dan menghayati kepentingan teknologi maklumat, teknologi pendidikan dan sains perpustakaan dalam pendidikan dan kehidupan seharian;
  2. menggunakan sumber maklumat secara berkesan dalam membantu tugas-tugas seorang guru, dan
  3. menggunakan sumber maklumat dengan optima dan berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

 Sinopsis | Objektif Keseluruhan | Skop pembelajaran | Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *